Monday, 21 March 2016

Cuti-cuti Lombok part 2

Day 2 (22 January 2016)

Assalamualaikum....
Gambar dibawah adalah hiasan tercantik untuk post ini... please continue reading...

Jalur Gemilang... yang dibenci adalah manusia bodoh dan tamak... bukan benderanya.. :P

This is the second post for Cuti-Cuti Lombok..

Hari kedua kami ade aktiviti panjat bukit, snorkeling dan island hopping. weols jenis suka berendam so aktiviti pantai memang oh yeah sangat2 lah..

Aktiviti start pukul 8 am.. so kul 7.30 am tu breakfast dulu...

Breakfast by the pool..

makanan cooked for us pagi tu is maggi goreng kosong tapi leh la ambik side dish macam telur, keropok etc.

Selesai makan aktiviti first hari ini ialah medaki Bukit Merese.


nak daki, nak melihat keindahan alam, nak galas beg, nak berpot pet haaa kan dah terbalik bendera tuhh!!
Bukit ni tak tinggi pun macam frog hill kat Penang tu je... Tapi bila start mendaki amboih baru sedar tinggi gak.. biasa la orang jenis keje duduk2 ni memang sesekali panjat bukit tercungap - cungap la kan... Tapi orang kata no pain no gain....


And the vieww!!! Tolonglah datang sini dan witness this with your own bare eyes.. Seriously.. Even pejam mata pun  boleh nampak lagi betapa cantiknya view ini..



Another view from Bukit Merese.
Haih susah nak get over betapa cantiknya Lombok ni...

Selepas aktiviti memanjat kami start dengan bersnorkeling di gili petelu... Air agak berombak tapi ok lagi la masih boleh feeling2 masa snorkeling. Of course aktiviti best snorkeling is dapat bagi ikan makan dan tengok hidupan dasar laut with all the rumpais and corals. Ikan2 di lombok ni jinak (macam orangnye hiks) and human friendly leh berenang sebelah2 macam member je even kita tak bawak roti.

Tapi yang best bila dapat pegang cebisan roti pastu dia datang serbu tu memang best feeling ever. Pastu dekat sini ade satu jenis ikan warna merah hitam cantik sangat.. yang tu je x pernah tengok lagi.. Nemo semua tu dah pernah nampak la... lagi satu masa tengah snorkeling leh tak dikejar oleh obor-obor.. mengepak la sebab orang cakap nanti kena sengat la tetapi brader boat tu dengan selamba mengangkat obor-obor tersebut naik ke bot dan boleh pegang2 manje2 dengan beliau. Turns out yg ni takde sengat gamaknya... kita cucuk je tak pegang pun..

aku: wehh!! nak lari mana tu??
ikan : lari!! lari!! ada pompuan gila datang!!..


Ada banyak benda yg cantik untuk dilihat sampai tak sempat nak dirakam lensa kamera dan hanya mampu dirakam dalam memori sahaja...


Boat kami.. yang depan sekali tu adalah Mas Taufiq Purnama tour guide kami
Setelah lebih kurang sejam gak la snorkel kami menuju ke pink beach untuk makan tengah hari.. Specialnya lunch kami adalah ikan fresh yang dibakar just before nak start makan.

Preparing our lunch

Lunch kami: ikan 4 ekor besar bapak weh dibakar, ketam masak lemak, sotong goreng tepung beserta sambal2

Lunch ini harganya ialah IDR 70k seorang.. Memang bertambah dan sangatlah sedap.. masakan ni sama macam masakan di Malaysia so kena la dengan selera daku... Air kelapa tu boleh beli dekat kedai2 di pink beach ni harganya adalah IDR 15k sebijik kalau tak silap.

Dah habis makan kami naik bukit dekat pantai ni untuk tengok pink beach dari satu sudut ketinggian sebab ape??? sebab bende yang kite tengok dekat2 ni kadang tak ternampak tang mana cantiknya tapi once kita pandang dari jauh baru tahu berapa berharganya ia... ehh...

Alkisahnya pink beach ni ialah pasirnya putih lepas tu ade sejenis coral di sini berwarna merah so bila coral pecah dan serpihannya dibawa air laut ke pesisiran pantai dan bergabung dengan pasir pantai yg putih tadi menghasilkan warna pinkish gitu.. tetapi!!! bukan setiap masa ia akan kelihatan pink.

nak tengok dia pink kena berdiri from a distance pastu tgk beza warna pasir yang kering dan pasir yang basah.. yang basah tu akan kelihatan sedikit pink. Tapi menurut locals kalau matahari terik tengok macam mana pun nampak pink... sebab kebetulan lepas kami makan memang langit dah mendung menandakan hari nak hujan maka tidaklah nampak warna pink nampak warna pasir aje....

Selepas snorkeling kami ke Pantai Segui di mana pasirnya begitu putih, lembut dan gebu bak tepung gandum. Kalau compare dengan pulau beras basah di Langkawi yang ini pasirnya lembut lagi..
Di sini xde coral so boleh la berswim2... Tapi serious best swim dekat sini rasa macam tak nak balik..

After habis berendam kami cari pulau pasir... Pulau ni bila air dah pasang maka tenggelamlah ia... masa kami sampai pun dah tinggal sipi2 je pasirnya tapi air kat sini suam2 tu yang best.. kat sini kalau tengok banyak ig and blog adalah tempat orang cari tapak sulaiman pastu selfie sebab memang boleh jalan2 pastu kutip je tapak seleman tu tapi kitaorang tak pulak cari tapak seleman tu semua syok berendam sebab air suam pastu tak nampak plak akan tapak seleman itu may be kena pegi masa air x pasang lagi kot....

Maka disini berakhirlah aktiviti air kami dan kami pun kembali ke pantai kecinan.. kat sini ade public toilet untuk mandi tukar baju semua kena bayar IDR 5k.

selesai persalinan kami pun balik ke Senggigi tapi on the way nak balik kami berhenti seketika makan jagung bakar sambil tengok sunset tapi awan mendung la plak so tengok pantai je lah...

A must. When in Indonesia. Laynnnnn...

For dinner, kami tak berhasrat nak makan yang berat2 so kami pilih makan satay. Kalau pergi Lombok jangan lupa cari satay Rembige... Satay ni marinate dengan kuah pedas resepi tradisi Lombok... Pedas tapi seriously sedap yang amat2.. harganya IDR 20k untuk 10 cucuk. Dia boleh pilih nak makan dengan nasik atau nasi impit tu.. kami pilih nasi impit.. Nasik impit dia balut dengan pandan sampai hijau nasik tu. Aroma bau tu memang terbaik..

Pedas yang sedap....



Close up satay tersebut...

Lepas makan balik hotel tido.

Oh ya semua pulau yang disebut dalam entry ini adalah gili iaitu nama panggilan masyarakat tempatan untuk pulau kecil.. Tapi dalam entry ni sebut pulau sebab dah terbiasa so jangan terconfuse ya.

Lagi satu yang menarik di kedai2 makan di Lombok is, kedai makan kalau pukul 8 malam memang penuh orang sampai beratur tapi by 9.30 malam macam tu memang lengang takde orang... masa first day sampai kami dinner di Restoran Menega tu dah lambat memang kami lah satu-satunya cusomer di situ.
Turns out orang Lombok memang makan mengikut waktu. Disiplin betol.
So make sure pegi makan awal takut kalau lambat sangat kedai tutup.. maka berlaparlah...

Haaa and lagi satu kan pasal orang Lombok suka mengkidnap anak dara orang kan kiki... nanti kita sambung di next2 entry.. Yang tu kita simpan dulu...


To be continued....


Sunday, 7 February 2016

Cuti-Cuti Lombok Part 1

Day 1 (21 January 2016)

Assalamualaikum......

So cite die camni, couple of weeks ago akak pergi ke lombok. PERGI!!! bukan LARI!!!
Selama ni hanya dengar cerita orang dan tengok gambar but finally to see lombok and to experience Lombok on my own is majestically awesome.

Plan nak ke Lombok sebenarnya dah lama sangat.. The plan was drafted 2 years ago. Tetapi banyak plak halangan but finally dapat gak tiket ke Lombok sebab Air Asia wat promo. (Masa ni ramai vote nak pegi Semporna). Kami beli tix setahun awal. Ngeh3..
Lagi satu kami suka pegi backpack tapi kali ni tak backpack sangat la sebab ambik guide and masih under budget. Tapi guide ikut kami mane nak pergi, so list down aktiviti  dekat dia pastu dia prepare itineary.

The way weols travel adalah grab the ticket first. Yang lain blakang kire.. ade promo & mmg tmpt impian terus grab tiket. Anyway tiket kami return RM 85 <HAHAHAHA!!> Ni memang terbaik punya promo la..

Flight KL to Lombok about 3 Hours.
I berdua dengan ecah from Penang. Sadly tak dak direct flight Pen to Lombok.. So kena transit KL dulu... rasenye return tix Pen - KL pun dlm RM 38 kot.. Hihi.. Jadilah pengguna yg bijak.

So bawah ni adalah kedudukan Lombok. Sebenarnya nak tunjuk kedudukan Lombok dari Malaysia je... So cari magnifying glass & spot where Lombok is ya!!..


Kedudukan Lombok is in between Bali & Sumbawa.. Nmpk x? Kecik je tu??
Pic credit to Google
Ni map di Lombok
Pic credit to Google

Lombok punya population dalam 3 juta orang dan mempunyai 27 buah pulau di sekitarnya.. memang makan masa lama kalau nak pergi semua pulau yang ada.. Lombok pun terdiri dari banyak kaum antaranya sasak, cina, sumbawa, bali pun ada dll... Lombok ni dibahagikan kepada 5 : Lombok utara, barat, timur, tengah dan Mataram (the city).

Rinjani mountain adalah gunung paling tinggi di Lombok dengan ketinggian 3,726 m from mean sea level. Gunung ni memang jadi favorite hikers serata dunia gak aaa kalau ke Lombok.. Tempoh pendakian paling cepat dalam 3 hari 2 malam. Tapi menurut orang tempatan kalau betol2 nak daki Rinajani biar 5 hari 4 malam... sebab kalau sepanjang mendaki gunung Rinjani banyak permandangan indah yang boleh dihayati. So kalau mendaki 3 hari tu katanya tak menghayati tapi hanya melihat.. Rinjani tutup dari didaki from Jan to March sebab tu musim hujan. Tapi selepas january nak daki jugak boleh tapi licin la dan tak digalakkan..
Yang paling best bila ada gunung mestilah ada waterfall!!!

Waktu di Lombok sama dengan waktu Malaysia so tak payah set balik jam cuma Lombok lebih cepat gelapnya... kul 6 dah pasang lampu - lampuan.

Flight kami ke Lombok pukul 3.30 pm tapi delay pukul 4.15 pm baru gerak.
Sampai Lombok pun dah dekat pukul 8 pm dah gelap gelita hanya ada cahaya lampu bergermelapan..

Kami pergi berlima sahaja kali ini kerana ramai peserta yang terpaksa menarik diri di atas asbab2 yang tak dapat nak dielak... 
5 orang yang berada di center gambar sahaja k.

Tacdaunn.......
From left: Wan, Zizi (me), Ecah, Aza & cak.
Huruf untuk ejaan bandar and internationa tu ade. Abang kamera yang salah cari angle ni.. harap maaf..

Pukul 8 malam tu lah baru nak cari2 Simcard Haaaa.. Simcard kami dapat harga IDR 55,000 for 4GB.. Naissss...pastu pegi dinner dekat Restoran Menega..

Tengok review blog ramai suggest makan dekat Restoran Rembulan tapi menurut locals, Restoran Menega lebih sedap makanannya.. So of coz local vote menang and at Menega we dined.
Makan memang sedaplah sebab lapar perut dah lewat kan.


Disinilah tempat kami bersantap..

Ni makanan dekat Restoran Menega.. 2 sets seafood ada: Sotong, udang, ikan,kepah, ulam dan sambal2...
 
Tak ingat dah harga makanan kat sini tapi murah kalau kira tempat pelancongan.... Boleh dine dekat luar betol2 tepi laut tapi masa ni hujan renyai2 kasih sayang so we dined in sahaja..


Seusai dinner kami terus ke hotel. Hotel pilihan is Hotel Grand Senggigi and penginapan di Senggigi selama 3 malam ni kami booked sendiri. Boleh aja suruh travel guide book untuk kita tapi hotel lain pastu kebetulan kami dapat offer price dari Grand Senggigi lebih murah and hotelnya masih baru so clean lah and cantik..


Ini hotelnya.. Ada pool tapi tak sempat pulak nak berendam sebab jadual pack..


bilik kami... 

Harga tour guide kami ialah IDR 1,840,000

Price included:
  •           Kereta (MPV Avanza)
  •           Hotel di Gili Trawangan  (2 Nights di Lumbung Cottages 2)      
  •           Private boat trip Snorkeling di Pink Beach
  •          Private boat ke Gili Trawangan (return) 
  •      Private boat trip to 3 Gilis (Gili Meno, Gili Air & Gili Trawangan) 
  •      Alat snorkeling 
  •      Local Guide ke Air Terjun beserta tiket ke Air terjun 
  •      Tiket parking

·  
Excluded:
  •         Lunch & dinner
  •     Hotel di Senggigi
  •         Sewa basikal, cidomo, motor untuk jalan2 sendiri



**Price bergantung pada season from time to time

Any inquiry boleh direct whatsapp, email, call or any means of communication possible to Mas Taufiq Purnama as listed on the business card.





To be continued.....................




Tuesday, 29 December 2015

Cuti-cuti Langkawi

Dah lama x tulis blog terasa mcm masuk keja baru la plak.
Setelah lama ditinggalkan alam blog today nak start balik.

Ok post kali ni adalah cuti2 Langkawi (9-11 dec 2015)

This is the 4th time pegi Langkawi and this time around pegi 3D2N shj and activity pun just island hopping and berjalan lepak pantai shj. mmg itu tujuannya untuk relax hilangkan stress.
Why Langkawi??? Sbb itu paling dekat.. kalau pegi Ferengghi melampau2 dekatnye... gitu...

As usual kalau bercuti first skali kita akan survey accommodation such as hotel, teksi, kereta sewa, pakej etc.

* Ferry fare RM 23 per aduly (One way)

* Hotel : Amzar Hotel (RM 75) per night air conditioned dekat Pantai Chenang.

Amzar hotel jd pilihan sbb dh pernah stay sini last year. Chalet dia pun ade. RM 35- RM 40 per night only. Murah gila!!! tp chalet walk in only jadi kalau time2 school holiday ni mmg x mendapat laaa....
Bilik kitaorg okay cuma tang selimut tu x best.. Tp dah tau so weols stand by stokin. Kalau bajet korang lbh utk hotel cr la bilik dekat sandy beach ke barron ke ok skit la.. tp weols bajet cukup2 makan je..


Lepas check in jalan-jalan area gerai2 and banyak yg dah berubah antaranya construction yg mencanak-canak naiknya sampai x nampak jalan nak ke pantai.. Last year nampak lagi nak lalu hotel mana masuk pantai.. Sekarang ni mmg penuh dgn deretan kedai and hotel2 itupun masih lg banyak hotel yg bakal dibangunkan.



Papan tanda ni nampak menarik
OK Tips!   Makanan kat langkawi ni mmg mahal kan tp ada satu restoran yg murah area tu korang jalan la menghala ke airport ade satu kedai yg murah. Nasik ayam dalam RM 5 je sepinggan. Terbaik ah wallaweh!! Situ la tmpt kami makan.. kenyang yg amat n murah dari makan tom yam semangkuk  RM 10 kann...
Survey2 la kedai situ ade je yg murah..

* Kami ambik pakej islang hopping je utk the next day. Pakej ambik dgn hotel RM 30 pegi 4 pulau kalau dgn ejen2 kat booth2 kecik tu RM 35 kot. ni sbb kami tanya org lain yg naik satu bot...

* Ade spoiler bagi yg x pernah dtg Langkawi or yg dah lama x datang Langkawi, nak masuk Tasik Dayang Bunting kena bayar RM 3 ok!! Geram plak kita rase haipp!! Nak je bersilat tunjuk protes.. Make sure uols pegi islang hopping bawak cash money ya people! kalau x pinjam la cash ngan drebar bot!! haisyy...




Ni dekat pulau dayang bunting.. cantik kan kan kan...





Bagi eagle makan..


After Islang hopping kami blk hotel & jalan2 dekat pantai Chenang.. Percutian ni mmg byk berjalan tepi pantai... relaxxxxxxx sgt.....





Sunset..
 Ada byk restaurant & cafe2 sini boleh lepak2 tgk sunset.. nak lagi best bentang towel baring2 fefeeling tgh hanimun.. itu yg plg terbaek lah!!

Sport pun byk.. make sure korang dpt rate murah.. bargain la ngan abg2 situ.. kenyit mata sket.. flip ur hair gerenti dpt diskaun.. haha..


Ni biase lah gamber acah2 sweet...

But before balik opkos kena ambik gambar dekat signboard "Langkawi permata Kedah"

6 org ahli from Penang & Pahang


* Teksi dari jetty ke Hotel RM 45 (van) begitu juga sebaliknya.

Cable car, makam mahsuri tu semua dah x pegi sbb setiap kali dtg mesti pegi.. inipun sbb bawak org Kuantan ke Langkawi...


Mak-mak dara bersama anak2 dara mereka..

Thanks all!!


Sunday, 23 November 2014

Blog yg sudah kurang penghuni

wow!!!!
Setelah menempuh alam pekerjaan,2 tahun blog ini telah ditinggalkan begitu sahaja tanpa ada yg memeliharanya..
Pantas sungguh masa belalu.
harap masih mampu terpelihara.
masih ada yg mahu menjengah.
Akan diupdate selepas ini.
kesiannya.

Akan diisi dan diperinci.
Akan dijaga dan dirapi.
hopefully.........
kesiannya.......

Saturday, 14 July 2012

kita akan jerit arrgghhhhh!!!!!!! apabila:



1. time2 jem keta blah kanan x bg msk lane
2. time kita bg signal tu dan2 speed keta x mau bg msk lane dia.
3. time nk p keja pagi2 jmpa brader sister nek motor/keta mcm nak p mkn angin.. stresssss...
4. bila nmpk treller @ lori 16 tayar..
5. check rearview mirror nmpk ada mercedes@audi@ferrari tgh speed siap naik lampu.
6. drive tgh mlm dgn keta dpn n sebeleh (dr opposite direction) yg pakai lampu kaler putih... p pasang kat ruang tamu umah la weh! boleh menyebabkan eksiden tau x??!!!
7. time traffic lite kaler oren.
8. simpang 3/4 yg busy.
9. 2@3 traffic lite dlm jarak berdekatan.
10. jln yg xdak lampu jalan.
11. jalan 1 way.
12. terbayang kawan cite srt saman sampai smlm ms km konvoi same2.
13. org yg msk dpn keta kita pastu tekan break mmg aku maki sakan.
14. motor yg msk blindspot.
15. bdk2 main tgh jalan.
16. terserempak eksiden.
17. bila org dpn punya touch n go / smart tag x lps.
18. adik2 bergaduh dlm keta.
19. tringat dompet tertinggal kat umah.
20. terpandang road tax keta dh mampoih n nmpk polis traffic kat dpn.
ampun pak!!!!

Wednesday, 23 May 2012

Konvokesyen ke-76 UITM - sidang ke-3

Officially an alumni...

Setelah hampir 5 thn stgh bergelar student akhirnya berjaya mendapat segulung ijazah. syukur x terhingga. kehidupan sbnr baru bermula. The future seems samar2, nobody knows what's gonna happen whether according to plan or tak. starting memilih kerjaya pown dh start confusing. Nk yg gaji byk ke nk cr pengalaman ke nk keje yg x byk keje ke.. fuh fuh fuh.. some say, jgn terlalu memilih tp kalau x pilih xkan nk keje cikai2? ikut rezeki msg2. Gaji byk or sikit, keje je dl, kumpul pengalaman n ilmu coz obviously those two yg akan dipandang kelak. U need to start somewhere. Choose ur platform - u can do it - u r an adult now. wah!!!! too many decisions, adoi.


super proud me.

Tringat zaman stadi, jumpe kwn2 setiap hari. SMS hari2 tnye soklan yg same <ko g klaz x?> <klaz kat mn?> <lect. msk x lg?> <weh sign attendant kat aku leh?> semua dh jd memori. x boleh diulang lg. Semua dh berkerjaya sekarang. Some dh kawen n tunang pown. Jumpe utk konvo pown x sempat borak pjg like we used to. awww cedeynye.

memory.

Suddenly terasa dunia ni luas sgt.Baru tersedar. Selama ni ingat UITM tu besar dah. Byk cabaran kat luar nih. U juz need to keep moving forward. Dont let ur guard down. Dolu2 kalau xtaw wat asemen leh tnye kwn. sekarang kalau jatuh sila bgn sndr. Nobody has time to pick u up. sume org ade life sndr yg need to be focused.


From left: anin, jaty, tatin n cik anis

After kluar dewan dah x jmpe kwn2. haha.. jumpe pown x sempat nk salam2 ciom2 pipi. lost terus. hope kwn2 sume berjaya. Aku sgt2 teruja dpt mengenali anda2 semua. u olz mmg ROCK!!
The past has been really kind to me. I hope the future juga begitu. Aamiin. Still wondering.........

*UITM sentiasa dihatiku*

Tuesday, 17 April 2012

Red Velvet

utk mnm petang. tp buat bekfes pown orite.

so creamy, so yummy, so elegant.. ahhh.. just nice.....

dah lama x mkn kek. tiba2 adik kecikku tringin nk mkn red velvet.. hambik kau.. selera bapak mcm mat saleh.. tp resepi ni menjadi n sgt sedap wah... x sampai sehari habis licin pinggan. resepi di bawah ade sekali measurement based on cup. make sure u all gune the same size of cup thru the entire process to keep the consistency k. guna cup, jgn guna mug!

ingredients
250g @ 3 3/4 cup of tepung kek
2 tablespoon of coco powder (van houten punye sgt nice)
1/2 teaspoon of salt
15g @ 1/2 a cup of butter
2 1/2 cup of gula kastor
2 eggs
1 teaspoon of vanilla extract
a cup of buttermilk
2 tablespoon of red liquid
1 teaspoon of vinegar
1 teaspoon soda bikarbonat

cara2:
1) preheat the oven. 170 deg cel. sapukan loyang dgn butter.
2) satukan soda bikarbonat + tepung kek dlm 1 bowl. set aside.
3) dlm cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah. kacau sehingga kaler bersatu.
4) satukan gula + butter + serbuk koko. mix sampai sebati. mskkan telur, one by one sampai gebu2 gitu.
5) kurangkan kelajuan mixer, add in sebatian tepung and buttermilk berselang seli. kacau sampai semua sebati. in between masukkan vienagar, salt n vanilla extract.
6) pastu campurkan cuka and soda bikarbonat sampai jd buih2. cepat2 mskkan dlm batter td and mix lg.
7) mskkan dalam loyang and oven. bakar dlm 40 - 1 1/2 jam. ni based on the loyang. kalau loyang yg rendah ketinggiannye (ihik) jgn lame sgt. hangit kang. jd black velvet plak. tp nk check sng je, cocok ngan lidi. kalau xde yg cair lg maknanya masak  lah kek itu.

frosting pulak
ingredients
1) 1 1/4 cup of cream cheese
2) a cup of sugar
3) 1/2 cup of whipping cream
3 tablespoon o butter

how to do it??? ahahaha..ehem..
1) satukan cream cheese, sugar, whipping cream and butter. mix kan hingga smooth.
2) rase lah frosting anda, kalau masam add lah sugar. ok..

oh by the way, kalau x berjumpa buttermilk. just mix a cup of fresh milk dgn a tablespoon of cuka. set aside dalam 10 minit sampai jd pekat2 sikit.ok skang dah ada buttermilk. (peace atas idung)

keluarkan kek from the oven setelah masak n letak frosting atas kek or in between the layer or kat tepi2 kek ke.. ikutlah taste and ur own creativity.

selamat mencuba!!!!