Friday, 3 February 2012

Bachelor's Degree of Surveying Science and Geomatics (Hons.) Faculty of Architecture, Planning and Surveying (FSPU) UITM class of 2012

Berjodoh kita bertemu,
Berbagai perasaan bertamu,
Bisakah menjadi sahabat dengan mereka itu?

Niat x mo sambung stadi,
Dek kerana mau mencuba kugagahi,
Disini berjumpa pemuda pemudi,
Dari seluruh pelusuk negeri,
Teguh dan cekal hati,
Kalau aku juga begini,
Insyallah berjaya nanti.

Sahabat berganda,
Onak dan duri melanda,
Berjaya atau tidak semua atas usaha,
Hendak seribu daya,
X pandai x apa,
Janji mencuba,
X tahu bertanya,
Dari bodoh, sombong, papa, kedana.

Bergembira, berjimba, bersukacita,
Apa lg definisi yg ada,
Mahu berjiwa tetap ada,
Walau fokus utama masih mengejar cita,
Berbagai kerenah dan rencana,
Pandai diatur walau bersengkang mata,
Sungguh bijaksana.

Terkenang seketika,
Perkara yg memendekkan cuti kita,
Lawak pown ada,
Tinggalkan ayah bonda,
Ke negeri org kt bertapa,
Berkenal2 lebih rapat,
Waktu ini masing2 x kenal sgt,
Tp akhirnya jd sepakat,
Dh boleh duduk semeja bulat,
Berbicara dah x tersekat2,
Dh mula pandai menyakat,
Seronok tgk semua dh rapat,
Time ni juga ada yg dh terpikat,
By this time dh pown diikat,
Tahniah pd yg dh akad,
Yg akan datang jgn lupa bg kad,
Nnt kenduri boleh pakat2,
Pinjam pelamin buat ambik berkat,
Nk bg jodoh lekat,
Boleh la semua kawen cepat2.

Setelah sekian lama bersama,
Memberi dorongan dan kerjasama,
Masing2 kini berjaya,
Menggenggam ijazah sarjana,
Tersenyum senantiasa,
Lama sungguh rasanya,
Kerna dulu ianya hanya angan bila dewasa,
Kekadang terlupa,
Dah lama masa tinggalkan kita,
Hari ini harus melihat kejayaan apa akan datang,
Moga waktu itu masih boleh tersenyum girang spt ini,
Mengenangkan angan ketika zaman muda,
Tersenyum mengerti seketika.

Saye akan rindu kwn2 saye..