Monday, 21 March 2016

Cuti-cuti Lombok part 2

Day 2 (22 January 2016)

Assalamualaikum....
Gambar dibawah adalah hiasan tercantik untuk post ini... please continue reading...

Jalur Gemilang... yang dibenci adalah manusia bodoh dan tamak... bukan benderanya.. :P

This is the second post for Cuti-Cuti Lombok..

Hari kedua kami ade aktiviti panjat bukit, snorkeling dan island hopping. weols jenis suka berendam so aktiviti pantai memang oh yeah sangat2 lah..

Aktiviti start pukul 8 am.. so kul 7.30 am tu breakfast dulu...

Breakfast by the pool..

makanan cooked for us pagi tu is maggi goreng kosong tapi leh la ambik side dish macam telur, keropok etc.

Selesai makan aktiviti first hari ini ialah medaki Bukit Merese.


nak daki, nak melihat keindahan alam, nak galas beg, nak berpot pet haaa kan dah terbalik bendera tuhh!!
Bukit ni tak tinggi pun macam frog hill kat Penang tu je... Tapi bila start mendaki amboih baru sedar tinggi gak.. biasa la orang jenis keje duduk2 ni memang sesekali panjat bukit tercungap - cungap la kan... Tapi orang kata no pain no gain....


And the vieww!!! Tolonglah datang sini dan witness this with your own bare eyes.. Seriously.. Even pejam mata pun  boleh nampak lagi betapa cantiknya view ini..



Another view from Bukit Merese.
Haih susah nak get over betapa cantiknya Lombok ni...

Selepas aktiviti memanjat kami start dengan bersnorkeling di gili petelu... Air agak berombak tapi ok lagi la masih boleh feeling2 masa snorkeling. Of course aktiviti best snorkeling is dapat bagi ikan makan dan tengok hidupan dasar laut with all the rumpais and corals. Ikan2 di lombok ni jinak (macam orangnye hiks) and human friendly leh berenang sebelah2 macam member je even kita tak bawak roti.

Tapi yang best bila dapat pegang cebisan roti pastu dia datang serbu tu memang best feeling ever. Pastu dekat sini ade satu jenis ikan warna merah hitam cantik sangat.. yang tu je x pernah tengok lagi.. Nemo semua tu dah pernah nampak la... lagi satu masa tengah snorkeling leh tak dikejar oleh obor-obor.. mengepak la sebab orang cakap nanti kena sengat la tetapi brader boat tu dengan selamba mengangkat obor-obor tersebut naik ke bot dan boleh pegang2 manje2 dengan beliau. Turns out yg ni takde sengat gamaknya... kita cucuk je tak pegang pun..

aku: wehh!! nak lari mana tu??
ikan : lari!! lari!! ada pompuan gila datang!!..


Ada banyak benda yg cantik untuk dilihat sampai tak sempat nak dirakam lensa kamera dan hanya mampu dirakam dalam memori sahaja...


Boat kami.. yang depan sekali tu adalah Mas Taufiq Purnama tour guide kami
Setelah lebih kurang sejam gak la snorkel kami menuju ke pink beach untuk makan tengah hari.. Specialnya lunch kami adalah ikan fresh yang dibakar just before nak start makan.

Preparing our lunch

Lunch kami: ikan 4 ekor besar bapak weh dibakar, ketam masak lemak, sotong goreng tepung beserta sambal2

Lunch ini harganya ialah IDR 70k seorang.. Memang bertambah dan sangatlah sedap.. masakan ni sama macam masakan di Malaysia so kena la dengan selera daku... Air kelapa tu boleh beli dekat kedai2 di pink beach ni harganya adalah IDR 15k sebijik kalau tak silap.

Dah habis makan kami naik bukit dekat pantai ni untuk tengok pink beach dari satu sudut ketinggian sebab ape??? sebab bende yang kite tengok dekat2 ni kadang tak ternampak tang mana cantiknya tapi once kita pandang dari jauh baru tahu berapa berharganya ia... ehh...

Alkisahnya pink beach ni ialah pasirnya putih lepas tu ade sejenis coral di sini berwarna merah so bila coral pecah dan serpihannya dibawa air laut ke pesisiran pantai dan bergabung dengan pasir pantai yg putih tadi menghasilkan warna pinkish gitu.. tetapi!!! bukan setiap masa ia akan kelihatan pink.

nak tengok dia pink kena berdiri from a distance pastu tgk beza warna pasir yang kering dan pasir yang basah.. yang basah tu akan kelihatan sedikit pink. Tapi menurut locals kalau matahari terik tengok macam mana pun nampak pink... sebab kebetulan lepas kami makan memang langit dah mendung menandakan hari nak hujan maka tidaklah nampak warna pink nampak warna pasir aje....

Selepas snorkeling kami ke Pantai Segui di mana pasirnya begitu putih, lembut dan gebu bak tepung gandum. Kalau compare dengan pulau beras basah di Langkawi yang ini pasirnya lembut lagi..
Di sini xde coral so boleh la berswim2... Tapi serious best swim dekat sini rasa macam tak nak balik..

After habis berendam kami cari pulau pasir... Pulau ni bila air dah pasang maka tenggelamlah ia... masa kami sampai pun dah tinggal sipi2 je pasirnya tapi air kat sini suam2 tu yang best.. kat sini kalau tengok banyak ig and blog adalah tempat orang cari tapak sulaiman pastu selfie sebab memang boleh jalan2 pastu kutip je tapak seleman tu tapi kitaorang tak pulak cari tapak seleman tu semua syok berendam sebab air suam pastu tak nampak plak akan tapak seleman itu may be kena pegi masa air x pasang lagi kot....

Maka disini berakhirlah aktiviti air kami dan kami pun kembali ke pantai kecinan.. kat sini ade public toilet untuk mandi tukar baju semua kena bayar IDR 5k.

selesai persalinan kami pun balik ke Senggigi tapi on the way nak balik kami berhenti seketika makan jagung bakar sambil tengok sunset tapi awan mendung la plak so tengok pantai je lah...

A must. When in Indonesia. Laynnnnn...

For dinner, kami tak berhasrat nak makan yang berat2 so kami pilih makan satay. Kalau pergi Lombok jangan lupa cari satay Rembige... Satay ni marinate dengan kuah pedas resepi tradisi Lombok... Pedas tapi seriously sedap yang amat2.. harganya IDR 20k untuk 10 cucuk. Dia boleh pilih nak makan dengan nasik atau nasi impit tu.. kami pilih nasi impit.. Nasik impit dia balut dengan pandan sampai hijau nasik tu. Aroma bau tu memang terbaik..

Pedas yang sedap....



Close up satay tersebut...

Lepas makan balik hotel tido.

Oh ya semua pulau yang disebut dalam entry ini adalah gili iaitu nama panggilan masyarakat tempatan untuk pulau kecil.. Tapi dalam entry ni sebut pulau sebab dah terbiasa so jangan terconfuse ya.

Lagi satu yang menarik di kedai2 makan di Lombok is, kedai makan kalau pukul 8 malam memang penuh orang sampai beratur tapi by 9.30 malam macam tu memang lengang takde orang... masa first day sampai kami dinner di Restoran Menega tu dah lambat memang kami lah satu-satunya cusomer di situ.
Turns out orang Lombok memang makan mengikut waktu. Disiplin betol.
So make sure pegi makan awal takut kalau lambat sangat kedai tutup.. maka berlaparlah...

Haaa and lagi satu kan pasal orang Lombok suka mengkidnap anak dara orang kan kiki... nanti kita sambung di next2 entry.. Yang tu kita simpan dulu...


To be continued....